Monday, May 3, 2010

ANAK AYAM EDISI NOGORI



Salam, untuk semua rakan ternak. Selagi ada nafas dihembus selagi itulah ilmu dicari. Lagi banyak ilmu diterima, semangkin banyaklah ilmu yang perlu dicari.

Berkat kesabaran dan iktizam akhirnya anak ayam dari Abang Rizal berumur 3 hari. Ayam ini dihadiahkan khas dari reban RazoJr dari Felda Palong 1, Negeri Sembilan. Semuanya ada 18 belas ekor dan merupakan cabaran dari Abang Rizal agar % kematian baka ayam nogori ini dapat diatasi. Alhamdulilah, semuanya dalam keadaan sihat walafiat, maklum laaa... mungkin angin Felda nie, sama jeee....

Nak berkongsi sedikit laa... untuk tatapan rakan2 ternak yang lain mengenai penjagaan anak ayam nie... Dari pemerhatian, bukannya mudah dan menjaga anak-anak ayam niee... kerana dari 18 belas ekor niee... sekarang nieee... tinggal 17. Masalah yang dihadapi adalah tidak mendengar dan amik remeh tentang penyediaan air minum untuk anak2 ayam nieee... sepatutnya kena laaa... letak batu atau guli dalam bekas air.... untuk mengelakkan daripada anak ayam temasuk dalam air dan lemas semasa hendak minum... dan semasa ayam masih kecil tidak perlu laa... meletakkan air minuman pada waktu malam... walaubagaimanapun ini adalah pengajaran yang dapat dipelajarai supaya di lain masa dapat mengurangkan % kematian.

kepada Abang Rizal, minta maaf laa... kerana seekor telah tiada... walaubagaimanapun semua yang lain tu ok belaka... belajar dari kesilapan....

No comments:

Post a Comment