Monday, May 31, 2010

Hadiah Ulang Tahun

Pada 29 Mei 1978 adalah merupakan hari pertama saya dilahirkan dimuka bumi ini. Lahirnya manusia ini, telah ditetapkan pasangannya, rezekinya dan lain-lain keperluan hidupnya. Banyak rezeki di muka bumi ini, cuma kederat kita sahaja yang kekadang tu,... tak terdaya hendak memikulnya... rezeki dari langit, dari tanah, rezeki dari lautan dan banyak lagi...

Nak diceritakan, rezeki dari kotak ajaib... telah membuahkan hasil... telur pertama telah dimasukan pada 11 Mei 2010, yang bestnye cuma 19 hari je dah menetas, wacaaa.... seronok rasanya... kali pertama dapat lihat keajaiban ciptaan tuhan... apa-apapun tahniah juga kepada yang membina inkubator nie... Abang Rizal dari RazoJr farm...

Untuk inkubator nie... saya tambah lagi satu bekas air sebab kelembapan dalam inkubator kurang iaini dibawah 45 darjah... so lepas je letak air lagi dapatlah sehingga 55 - 65 darjah... itu pun sebab saya dapat dari Otai2 ternak ayam didalam blog mereka... terima kasih kerana berkongsi maklumat...

Banyak lagi yang perlu dipelajari... walaupun penetasan telah berjaya... bab nak cadling tu yang saya tak leh nak baca lagi sebab dalam masa nie dah 7 ekor berjaya ditetaskan tapi tak pernah pun nampak sarang lelabah ngan bintik hitam dalam telur... tapi alhamdulilah buat masa nie 90% berjaya ditetaskan (masukkan 8 biji, 7 menetas) dan anak2 ayam tu sihat...

Yang menjadi masalah sekarang nie... bila anak2 ayam nie menetas je... dah kena kerumun ngan semut2 habis penuh satu badan... terpaksalah tukar alas tuala tu,... abis semua kena keluarkan dulu... tapi semuanya dalam keadaan terkawal... bancuh ubat semut terus spray kat meja...

Buat masa nie... tengah menunggu 10 biji telur angsa... angsa yang saya beli 3 ekor dari Pontian, Johor. Harap2 dapatlah menetas kesemuanya... sebab masa nie dah ada pembeli untuk anak2 angsa niee... tak penah pun bela anak angas... kalau boleh biar laaa... anak angsa nie garang... sebab 3 ekor angsa saya sekarang nie... tak garang, lari kalau orang datang rumah...

Apa2 pun terima kasih kepada RazoJr Farm kerana memberi peluang kepada saya untuk menggunakan inkubator pengluarnya. Setelah menggunakan inkubator nie... saya rasa puas hatilah, walaupun kekadang tu, tak tentu juga masa saya pusingkan telur tu... ada gak masa tak pusingkan telur, bacaan termomiter tak menentu... tapi akhirnya menetas juga... TQ

Sejuta Ilmu di Dunia... Marilah kongsi bersama,...

Tuesday, May 11, 2010

AYAM NOGORI

Alhamdulilah, sempat jugak arie nie nak mengadap komputer. tak tau laa... banyak sangat program pada bulan ini. Tanpa disedari dah sebelas hari anak2 ayam dari RazoJr Farm.

Anak saya niee... memang minat ngan ayam,... pantang nak bagi ayam makan,... eemmm... dia aje laa... yang pandai nak bagi makan ayam tu.... anywhere, jimat sikit masa jugak sebab banyak lagi benda lain yang nak diuruskan.

Anak ayam nie, dimasukan kedalam rumah pada waktu malam dan diselimutkan bagi mengelakan dari kesejukan. Maklum laaa.... tak sempat lagi nak membina reban dan modal yang terlalu tipis. mengikut kata-kata Otai2 dalam blog... buat sedikit2 mengikut kemampuan, jangan terus menggunung dan berakhir menjadi bukit...

Dulu ada juga pengalaman, amik anak2 ayam dari ibunya. pas tu masukan dalam brooder plastik. pasang lampu, kekadang pasang lampu ayam, tetapi dari pemerhatian anak ayam nie asyik berempit je kat lampu tu, akhirnya mati. Pening jugak memikirkan,macam mana nak buat dan menjimatkan.

Selepas je mengunjungi reban ayam Abang rizal, di Felda Palong 1, Negeri Sembilan. Saya perhatikan dia tak menggunakan lampu pun untuk anak2 ayam tu, hanya perlu selimut sahaja supaya tidak kesejukkan. So... balik rumah berbekalkan ayam dari RazoJr Farm, alhamdulilah segalanya benar belaka... terima kasih, jimat sikit...

Satu idea, satu citarasa...

Monday, May 3, 2010

Pengalaman

Antara Teori dan Amali, antara belajar dan pengalaman. Kedua2-nya seakan-akan sama tapi tak serupa. Kekadang tu, ada orang pandai cakap tapi kerja tak serupa bikin... Ilmu cetek. Sebenarnya belajar dari teori itu adalah bagus, tapi perlu dipratikalkan (Amali). Jangan pandai cakap jee... nanti orang tidak akan percaya.

Ini adalah hari permulaan bagi saya untuk menyusun strategi dalam impian untuk menjadi penternak. Dah lama sebenarnya untuk memiliki kota ajaib nie... inkubator yang merupakan sesuatu yang perlu lebih-lebih lagi dalam cuaca yang tak menentu. Banyak sangat telur-telur yang rosak kerana air hujan dan tempias.

Selepas membaca blog2 dari Otai2 ternak, sayapun terus laa,,, membuat tabung untuk memiliki inkubator. Bukannya nak bohong, saya mula menabung dari bulan 1 dari duit2 lebihan, bukan dari duit gaji tau... berkat kecekalan akhirnya cukup... ehtah cam ne... cukup ajee... rega inkubator naik lagi... terpaksa simpan lagi hinggalah sampai bulan April...

Terlipatlah dalam sejarah pada 1 Mei 2010, saya ke Felda Palong 1, Negeri Sembilan untuk mendapatkan sebuah inkubator. Seronok jugak sebab tak penah sampai kesini, sampai sesat... he he heee... tapi tak pe... sampai jugak...

Inilah Sifu saya, Abang Rizal. Masa niee... dia sedang memberikan saya air jampi, tengah serius tu baca jampi serapah tuu.... marang perapu kepunden parang sekiper...!!!

eehhh... tak laa.... dia menerangkan mengenai air stress yang perlu diberi kepada anak2 ayam. Pehhh... nie laa... kali pertama saya tau, mengenai ubat stress niee... rupanya bagus untuk anak-anak ayam, sebab bila kita bagi kat anak ayam, tak laaa... terbang-terbang atau bising... always remembers... dengan adanya ubat stress kurang laaa... juga stress penternak...

ilmu satu dalam seribu...

ANAK AYAM EDISI NOGORI



Salam, untuk semua rakan ternak. Selagi ada nafas dihembus selagi itulah ilmu dicari. Lagi banyak ilmu diterima, semangkin banyaklah ilmu yang perlu dicari.

Berkat kesabaran dan iktizam akhirnya anak ayam dari Abang Rizal berumur 3 hari. Ayam ini dihadiahkan khas dari reban RazoJr dari Felda Palong 1, Negeri Sembilan. Semuanya ada 18 belas ekor dan merupakan cabaran dari Abang Rizal agar % kematian baka ayam nogori ini dapat diatasi. Alhamdulilah, semuanya dalam keadaan sihat walafiat, maklum laaa... mungkin angin Felda nie, sama jeee....

Nak berkongsi sedikit laa... untuk tatapan rakan2 ternak yang lain mengenai penjagaan anak ayam nie... Dari pemerhatian, bukannya mudah dan menjaga anak-anak ayam niee... kerana dari 18 belas ekor niee... sekarang nieee... tinggal 17. Masalah yang dihadapi adalah tidak mendengar dan amik remeh tentang penyediaan air minum untuk anak2 ayam nieee... sepatutnya kena laaa... letak batu atau guli dalam bekas air.... untuk mengelakkan daripada anak ayam temasuk dalam air dan lemas semasa hendak minum... dan semasa ayam masih kecil tidak perlu laa... meletakkan air minuman pada waktu malam... walaubagaimanapun ini adalah pengajaran yang dapat dipelajarai supaya di lain masa dapat mengurangkan % kematian.

kepada Abang Rizal, minta maaf laa... kerana seekor telah tiada... walaubagaimanapun semua yang lain tu ok belaka... belajar dari kesilapan....