Saturday, July 17, 2010

Harta Dunia & Akhirat

ILMU





Masa menuntut ilmu... banyak tengok dari buat...
tapi sifu rileks dan tenang...


inilah Inkubator yang telah siap...

percubaan untuk telur Puyuh...
sebab telur ayam dalam inkubator hijau...
telur ayam pun belum banyak lagi...



Salam... nak kongsi sikit... sebenarnya susah nak melaksanakan sesuatu yang mungkin mudah,... tapi masa nak dilaksanakan ada kalanya dalam diri ini ada sorong tariknya... bukan nak cakap orang lain namun ianya berkisar dalam diri sendiri...

dalam menjalankan kerja sehari2... kekadang tu kita lupa dan alpa... dengan apa yang perlu kita lakukan, tapi bila benda dah terlepas baru kita rasa... eehhhh... napa la tadi aku tak buat cam tu... tak patut laa... aku cam tuu... sebenarnya mungkin kita berfikiran pendek dengan apa yang kita buat masa tu... kenapa laaa... aku cam tu... tak patut... tak patut...

ini adalah nukilan semasa menuntut satu ilmu yang akan menjadi harta yang sungguh bernilai dalam hidup... ilmu yang terlalu bernilai... boleh digunakan bukan untuk jadi kaya tapi kesenangan hinggakan kita tak perlu merempat, meminta-minta...

ilmu yang diberikan oleh seorang abang untuk diri adiknya supaya hidup tak perlu menyembah dan meminta dari orang lain... kekadang dok duduk sorang2 terpikir gak... cam ne orang yang hanya dikenali bebaberapa ketika boleh memberikan ilmu yang sungguh bernilai dan berkongsi yang seperti tidak sepatutnya... bukannya mudah... tapi inilah hakikatnya... terima kasih laaa... buat abang rizal... yang begitu perihatin semasa saya cuba mempelajari ilmu inkubator tempohari... (cuma tak sempat nak upload ke blog secepatnya), mungkin sebab masa dan keadaan yang menyebabkan tergesa-gesa untuk mempercepatkan menyiapkan inkubator masa tu... bukan apa risaukan orang yang sedang menunggu,... saya rasa kalau ngan orang lain... mahu tak siap inkubator niee... tapi alhamdulilah... abang rizal yang banyak membantu untuk menyiapkan inkubator... he he hee... patutnya saya buat sendiri jee... itulah manusia... tak sabar...

anywhere... terima kasih laa... bebanyak kepada abang rizal kerana menurunkan ilmu inkubator kepada saya... tengok memang senang... tapi... azabnyaa tuan badan sahaja yang tahu,... untuk abang rizal... saya akan ingat sampai bila2... apa2 pun memang best dan mencabar.... semoga razojrfarm... akan terus berjaya dalam segala bidang yang diceburi...



jom... kongsi sikit...

Derma atau sumbangan adalah bersedekah yang boleh meringankan beban orang lain

Dalam masyarakat kita, derma atau sumbangan adalah bersedekah yang boleh meringankan beban orang lain dan menyelamatkan kita daripada api neraka. “Sedekah itu menghapuskan kesalahan seperti air memadamkan api” (Hadis Riwayat At Tirmidzi)

Dalam amalan bersedekah, kita perlu melakukannya dengan ikhlas kerana Allah, bukan disebabkan balasan nama atau sekadar bersedekah saja.

Supaya bersedekah tidak menjadi sia-sia, Islam mengajarkan umatnya menyumbang dan bersedekah menepati erti ‘sedekah’. Beberapa perkara perlu diambil perhatian dan tindakan demi kesempurnaan bersedekah.

Pertama: Barang yang disedekahkan itu hendaklah baik, elok dan tidak malu untuk dipakai (boleh dipakai). Adalah tidak wajar dan paling tidak munasabah barang yang disedekahkan itu tidak tergamak kita gunakan sendiri. Biarlah bersedekah dengan barang yang disenangi penerima. Allah melarang bersedekah dengan benda yang tidak baik kerana bersedekah adalah ibadat dan tanda mensyukuri nikmat Allah.

“Wahai orang yang beriman! Belanjakanlah pada jalan Allah sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik dan sebahagian daripada apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat, padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu kalau diberikan kepada kamu, kecuali dengan memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa terpuji.” (Al-Baqarah ayat 267)

Kedua: Sesuatu yang disedekahkan ialah yang halal, bukan haram atau subahat.

Ketiga: Sunat bagi pemberi sedekah atau derma bersedekah dan berderma daripada benda yang disukai dan disayangi, tidak kira sama sedikit atau banyak.

“Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai hakikat kebajikan dan kebaktian yang sempurna sebelum kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi. Dan apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahuinya.” (Al-Imran ayat 92)

“Daripada Adiyie Hatim Radiallahuanhu berkata: Saya mendengar Rasulullah saw bersabda: Takutlah kamu akan api neraka walaupun dengan (bersedekah) separuh buah kurma.” (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari).

Hadis ini menunjukkan amalan bersedekah walaupun hanya separuh buah kurma boleh menyelamatkan kita daripada api neraka.

Keempat: Bersedekah disertai dengan keikhlasan, bukan mengungkit, merungut, membidas dan menyakiti hati orang yang menerima sedekah kerana perbuatan ini haram dan merosakkan amalan bersedekah.

“Wahai orang yang beriman! Jangan rosakkan pahala sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan kelakuan yang menyakiti seperti rosaknya pahala amalan sedekah orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak) dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat.

“Maka bandingan orang itu seperti batu licin yang ada tanah di atasnya kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). Demikianlah juga halnya orang kafir dan riak itu, mereka tidak akan mendapat sesuatu pahala pun daripada apa yang mereka usahakan. Dan ingatlah Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir.” (Al-Baqarah-264)

Kelima: Sedekah yang diberikan secara sembunyi lebih afdal, ibarat tangan kanan yang memberi, tangan kiri tidak mengetahuinya. Perbuatan ini dekat kepada keikhlasan dan jauh daripada riak kerana sifat ini boleh merosakkan amalan sedekah. Tiada gunanya bersedekah jika mahu mendapat pujian dan dikatakan pemurah kerana dengan keikhlasan sahajalah ganjaran pahala diperoleh.

“Jika menampakkan sedekah kamu, ini sangat baik, tetapi jika kamu merahsiakannya, dan memberikan orang fakir, maka itu lebih baik bagi kamu dan akan melepaskan kamu daripada kejahatan kamu; Allah menyedari apa yang kamu buat” (Al Baqarah – 271).

Keenam: Sedekah tidak mengurangkan harta, sebaliknya menambah harta dan menjauhkan kefakiran, kekurangan dan kesempitan. Allah akan gantikan dengan yang lebih baik.

“Katakanlah wahai Muhammad sesungguhnya Tuhan-Ku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya antara hamba-Nya dan Ia juga yang menyempitkan baginya, dan apa saja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya dan Dia sebaik-baik pemberi rezeki” (Saba’ – 39).

Ketujuh: Sedekah membersihkan harta dan menyucikan diri kita.

“Ambil sedekah daripada harta mereka untuk membersihkan dan menyucikan mereka dan doakanlah mereka. Sesungguhnya doa engkau itu menjadi ketenangan hati mereka. Allah maha mendengar lagi maha mengetahui” (At Taubah-103).

Ayat itu menjawab dua soalan pokok, iaitu apa yang harus disedekahkan dan mengapa umat harus bersedekah. Sedekah adalah untuk membersih dan menyucikan (jiwa) dan disedekahkan daripada harta atau benda yang dimiliki.

Walaupun pemikiran kebanyakan umat Islam masih menghubungkaitkan sedekah dengan kebendaan, renungkan sepotong ayat Allah (yang juga ajaran Rasul yang wajib) berbunyi: “…tentang sedekah dan orang yang tidak mendapati sesuatu melainkan tenaganya (usaha mereka)” (At Taubah - 79)

Sebenarnya sedekah bukan saja berbentuk kebendaan. Bagi yang tidak mampu atau tiada harta, Allah menghendaki mereka menyumbangkan usaha dan doa.

Usaha termasuk menjadi sukarelawan, daya upaya, idea dan ikhtiar, kegiatan, perbuatan untuk mencapai, melaksanakan dan menyempurnakan sesuatu usaha yang disumbangkan dan memanfaatkan mereka yang layak menerima sedekah. Walaupun hanya sekadar doa dan senyuman. ‘Senyum itu adalah sedekah’ (maksud hadis).