Sunday, April 11, 2010

Salam pengenalan...

Bukan senang hendak senang,... Bukan susah hendak susah... cam tu laa... dunia ini... kekadang diatas kekadang dibawah... muslihat kehidupan... susah untuk diungkapkan segala lipatan-lipatan harian...

sebenarnya kita mungkin berada diluar landasan ataupun berada didalam landasan... cuma niat dan kehendak...

secara amnya... pilihlah jalan yang sesuai yang penuh berkat... penuh senyuman... penuh keikhlasan... penuh keinsafan... kerana setiap kita ini sudah diaturkan jalan, simpang, selekoh... hanya pilihan kita sahaja...

dalam keinginan mencari kemewahan sebenarnya kita hanya perlu mencari keselesaan dalam hidup... mencari erti musahabah diri yang perlu ditanam dalam diri kita...

amacam... ok tak ayat he he hehee....

LIPATAN SEJARAH MENTERNAK ....

nak dipendekkan cerita dah dekat 6 bulan gak saya berkecimpung dalam dunia dunia ternakan ayam nirr... sebanrnya semua nie datang dari minat kita sebenarnya. permulaan dulu, saya pinjam ayam mak saya, (2 jaguh jantan & 4 betina) so sampai la sekarang niee... berkat usaha buat reban walaupun tak la pandai dan tak penah pun pegang tukul,,... alhamdulilah jadi gak reban walaupun dari jauh senget skit... anywhere bangga gak ngan usaha sendiri...
tentang gambar niee... inilah jualan ayam pertama saya... member datang umah nak merasa makan ayam kampung so... jual aje laa... puas gak rasanya... rasa cam nak bagi ibu roti atau mauripan je anak2 ayam kat reban tu,... biar cepat membesar...

harap-harap kali nie... menjadi laa... apa yang diidamkan... dengan bantuan dan kesungguhan dari isteri saya. eemmm... harap menjadi kekuatan pada diri untuk terus maju dalam penternakan ayam niee....

to be continue....



semangat dari OTAI citypullagro ....

1. Berusahalah bersungguh dalam bidang yang ingin diceburi
2. MALAS adalah penyakit penternak yang paling membahayakan ternakan kita
3. Tiada jalan pintas untuk kejayaan terutama dalam ternakan
4. Carilah ilmu sebelum anda memulakan sesuatu penternakan.
5. lagi tebal ilmu didada makin perlu anda merendahkan diri..
6.setiap sesuatu perniagaan mulakanlah dari kecil untuk menimba pengalaman agar tidak melatah bila ditimpa masalah..
7. beranikan diri untuk gagal tapi disusuli dgn usaha yang gigih..
8. lebih byk anda memberi lebih byk anda akan menerima.. percayalah..
9.sopan santun dan menghormati org lain adalah kunci segala kejayaan..

semoga digenggam untuk kepuncak kejayaan ...AMIN...

No comments:

Post a Comment