
Nak diceritakan, rezeki dari kotak ajaib... telah membuahkan hasil... telur pertama telah dimasukan pada 11 Mei 2010, yang bestnye cuma 19 hari je dah menetas, wacaaa.... seronok rasanya... kali pertama dapat lihat keajaiban ciptaan tuhan... apa-apapun tahniah juga kepada yang membina inkubator nie... Abang Rizal dari RazoJr farm...
Untuk inkubator nie... saya tambah lagi satu bekas air sebab kelembapan dalam inkubator kurang iaini dibawah 45 darjah... so lepas je letak air lagi dapatlah sehingga 55 - 65 darjah... itu pun sebab saya dapat dari Otai2 ternak ayam didalam blog mereka... terima kasih kerana berkongsi maklumat...
Banyak lagi yang perlu dipelajari... walaupun penetasan telah berjaya... bab nak cadling tu yang saya tak leh nak baca lagi sebab dalam masa nie dah 7 ekor berjaya ditetaskan tapi tak pernah pun nampak sarang lelabah ngan bintik hitam dalam telur... tapi alhamdulilah buat masa nie 90% berjaya ditetaskan (masukkan 8 biji, 7 menetas) dan anak2 ayam tu sihat...
Yang menjadi masalah sekarang nie... bila anak2 ayam nie menetas je... dah kena kerumun ngan semut2 habis penuh satu badan... terpaksalah tukar alas tuala tu,... abis semua kena keluarkan dulu... tapi semuanya dalam keadaan terkawal... bancuh ubat semut terus spray kat meja...
Buat masa nie... tengah

Apa2 pun terima kasih kepada RazoJr Farm kerana memberi peluang kepada saya untuk menggunakan inkubator pengluarnya. Setelah menggunakan inkubator nie... saya rasa puas hatilah, walaupun kekadang tu, tak tentu juga masa saya pusingkan telur tu... ada gak masa tak pusingkan telur, bacaan termomiter tak menentu... tapi akhirnya menetas juga... TQ
Sejuta Ilmu di Dunia... Marilah kongsi bersama,...