Friday, May 17, 2013

MASYUKKK 5


PROJEK KE-LIMA 2013

Meneruskan Agenda, usaha mengapai kejayaan....


Design MUG ULANGTAHUN
Di edit bersama gambar keluarga...
Kartun BOboy boy dan Upin Ipin







Selangkah lagi dunia peng'edit'an
mengabungkan gambar kartun bersama gambar biasa
semoga suksesss...



Thursday, May 16, 2013

MASYUKKK 4


PROJEK KE-ENAM 2013


Mempelbagai brangan keluaran

Design MINI T-SHIRT
Khas Untuk Hari Guru 2013







MINI T-SHIRT biasanya digantung didalam kereta
Design terkini... boleh apa2 jer nak letak,..
Gambo sendiri pun boleh...



Tuesday, May 14, 2013

MASYUKKK 3


PROJEK KE-TIGA 2013

Usaha untuk terus mendapatkan yang terbaik...


Design MUG HARI ULANGTAHUN






Mug terbaik, hasil dari ilmu yang di gali...
Simpan semua usaha dan keyakinan...
Belajar dari setiap kesalahan dan kegagalan...

Friday, May 3, 2013

MASYUKKK 2


PROJEK KE-DUA 2013

Setelah membina semangat dan keyakinan...
Tempahan percubaan pertama...


Design MUG UNTUK PENGANTIN







Siap sudah utk MUG PENGANTIN...
Semoga diabadikan dalam kehidupan...
Kenangan yang tidak mungkin dilupakan...

Thursday, April 25, 2013

MASYUKKK 1



PROJEK PERTAMA 2013

Projek percubaan pertama menggunakan Mesin Press,...
Meneruskan keyakinan diri, menceburi bidang yang diminati...
Berusaha meningkatkan keyakinan diri, untuk memberi yang terbaik...


Design SAYA SAYANG FELDA
I LOVE FELDA LOK HENG BARAT




Design pertama dalam merialisasikan keyakinan diri...
Alhamdulilah, berjaya... cuma ada sesuatu yang perlu diperbaiki...
Usaha dan simpan segala kajian dan pengajaran...


Monday, April 15, 2013

MESIN SUDAH TIBA


PERJUANGAN DITERUSKAN


Masa terus berlalu namun keyakinan perlu tersemat...
meneruskan segala usaha dan keyakinan...

JOM TERUSKAN USAHA, KEYAKINAN PERLU ADA...


 Sampai sudah MESIN


Di lengkapi dengan Printer

Friday, March 29, 2013

TITIK PERMULAAN BERMULA


TITIAN USANG
MENCARI SESUAP NASI
DEMI MASA DEPAN

Disinilah bermulanya detik, saat dan waktu...

MENCUBA SATU KELAINAN
DARI ARAH YANG SAMA

JOM LAYARI CABARAN...

Sunday, August 1, 2010

PERJUANGAN

PERJUANGAN



Ini dulunya adalah reban arnab yang telah
diubahsuai untuk anak2 ayam...
yang berumur 3 minggu - 2 bulan

Reban anak2 ayam yang telah dibina...
walaupun tak seberapa inilah yang termampu dibina
oleh keringat

Salam... buat semua para penternak... orang baru, orang lama... penternak baru, penternak lama... kita sama sahaja... cuma yang membezakan kita dalam penternakan ini... adalah pengalaman dan cara bagaimana kita menyelesaikan masalah2 dalam masa berkecimpung dalam dunia per-ayaman... he he heee... (bole gitu...)

Dalam pelbagai usaha yang dilaksanaka... diharapkan akan membuahkan hasil... kat bawah nie adalah ayam dari ladang abang Rizal... RazoJrFarm yang dihadiahkan pada Adindamekar pada 1 Mei 2010... alhamdulilah semuanya sihat walafiat dan jinak lak tu... ayam2 nie... untuk dijadikan baka untuk meningkatkan lagi produk diladang ini... buat masa nie tak tau lagi mana jantan dan yang mana betina... sebab tak abis study... bab yang jantan tu dah ada gak yang nampak... diharapkan dengan baka2 nie... akan terus berkembang... dari 0 sampai laa... menjadi rezeki yang halal...

dalam pengamatan sekarang ini... ayam2 ini akan terus menjadi penghuni disini... sebab baka yang ada inilah permulaan disini... dari tak de ayam sampailah sekarang ini... bukannya belipun... maklumlah nak dapatkan bakapun orang kampung dah pandai main rega... bukan cam dulu..."amiklah ayam cik tu, bukan nak tido kat reban... tido atas pokok... malam kang datang laa... menyuluh... cik pun dah malas nak jmenjaga..." ayat sekarang nie lak..." iskkk... ayam pakcik tu... kalau nak kita kira kilo lah yea... dapat tampung jagung dia jadilah... " he he heee... cam tu lah kan... orang kita sudah pandai berniaga...
dari awal perlaksanaan untuk menceburi bidang ternakan ini... memang tidak banyak... modal yang digunakan... dari simpanan harian... terus target apa yang dibeli... tapi buat masa nie... belum penah beli induk... cuma kalau ada yang sedekah... alhamdulilah,...


Anak2 ayam... baka dari RazoJrFarm

dalam percaturan ternakan sekarang nie... dijangkakan pada awal tahun 2011 barulah bermula ternakan untuk jualan secara besar-besaran kerana buat masa kini, perlulah menjaga telur2 untuk ditetaskan dan ibu ayam yang ada untuk meneruskan langkah seterusnya... sampai lah kehari ini... hanya tinggal... 12 biji sahaja didalam inkubator... isk... nak buat cam nee... ibu2 ayam tu perlu direhatkan... sebenarnya sebelum niee... abis semua anak ayam diambil dari ibunya... tapi kesina... so kalau bertelur 8, kenalah tinggalkan kat ibu 2 ekor anak ayam untuk ibunya menjaga... kalau tak meroyan lah dia nak mengeram... so dengan cara ini dapat merehatkan ibu2 ayam tu... tapi bila dah rehat cam niee... telur lak kurang...

cerita pasal ay am niee... rupa2-nya banyak jenis ayam... disini pun ada gak ayam yang diternak iaitu Ayam Selasih... sebenarnya ayam nie didatangkan khas dari pulau pinang... naik bas express tu... ambil sahaja di Larkin... masa ambil dulu ayam nie masih kecil l agi... lebih kurang 3 minggu kot, sampai lah sekarang... harap2 dapatlah generasi dari baka selasih yang dah lama dipelihara nie... supaya menjadi simbol utama dalam penternakan yang sedang dijalankan.... yang menjadi tandatanya niee... tak tau yang mana jantan... yang mana betina... sesiapa yang mengunjungi blog nie... leh laa... bagitau saya cam ne nak tau jantan ke betina... senang sikit laa... sebab takut ayam nie... dua2 jantan atau dua2 betina... he he heee,... tapi pepagi tu ada gak dengar ayam nie berkokok... isskkk... tak tau laa... kalau ada Otai2 yang tau leh laa... bagitau saya... ok...

Saturday, July 17, 2010

Harta Dunia & Akhirat

ILMU





Masa menuntut ilmu... banyak tengok dari buat...
tapi sifu rileks dan tenang...


inilah Inkubator yang telah siap...

percubaan untuk telur Puyuh...
sebab telur ayam dalam inkubator hijau...
telur ayam pun belum banyak lagi...



Salam... nak kongsi sikit... sebenarnya susah nak melaksanakan sesuatu yang mungkin mudah,... tapi masa nak dilaksanakan ada kalanya dalam diri ini ada sorong tariknya... bukan nak cakap orang lain namun ianya berkisar dalam diri sendiri...

dalam menjalankan kerja sehari2... kekadang tu kita lupa dan alpa... dengan apa yang perlu kita lakukan, tapi bila benda dah terlepas baru kita rasa... eehhhh... napa la tadi aku tak buat cam tu... tak patut laa... aku cam tuu... sebenarnya mungkin kita berfikiran pendek dengan apa yang kita buat masa tu... kenapa laaa... aku cam tu... tak patut... tak patut...

ini adalah nukilan semasa menuntut satu ilmu yang akan menjadi harta yang sungguh bernilai dalam hidup... ilmu yang terlalu bernilai... boleh digunakan bukan untuk jadi kaya tapi kesenangan hinggakan kita tak perlu merempat, meminta-minta...

ilmu yang diberikan oleh seorang abang untuk diri adiknya supaya hidup tak perlu menyembah dan meminta dari orang lain... kekadang dok duduk sorang2 terpikir gak... cam ne orang yang hanya dikenali bebaberapa ketika boleh memberikan ilmu yang sungguh bernilai dan berkongsi yang seperti tidak sepatutnya... bukannya mudah... tapi inilah hakikatnya... terima kasih laaa... buat abang rizal... yang begitu perihatin semasa saya cuba mempelajari ilmu inkubator tempohari... (cuma tak sempat nak upload ke blog secepatnya), mungkin sebab masa dan keadaan yang menyebabkan tergesa-gesa untuk mempercepatkan menyiapkan inkubator masa tu... bukan apa risaukan orang yang sedang menunggu,... saya rasa kalau ngan orang lain... mahu tak siap inkubator niee... tapi alhamdulilah... abang rizal yang banyak membantu untuk menyiapkan inkubator... he he hee... patutnya saya buat sendiri jee... itulah manusia... tak sabar...

anywhere... terima kasih laa... bebanyak kepada abang rizal kerana menurunkan ilmu inkubator kepada saya... tengok memang senang... tapi... azabnyaa tuan badan sahaja yang tahu,... untuk abang rizal... saya akan ingat sampai bila2... apa2 pun memang best dan mencabar.... semoga razojrfarm... akan terus berjaya dalam segala bidang yang diceburi...



jom... kongsi sikit...

Derma atau sumbangan adalah bersedekah yang boleh meringankan beban orang lain

Dalam masyarakat kita, derma atau sumbangan adalah bersedekah yang boleh meringankan beban orang lain dan menyelamatkan kita daripada api neraka. “Sedekah itu menghapuskan kesalahan seperti air memadamkan api” (Hadis Riwayat At Tirmidzi)

Dalam amalan bersedekah, kita perlu melakukannya dengan ikhlas kerana Allah, bukan disebabkan balasan nama atau sekadar bersedekah saja.

Supaya bersedekah tidak menjadi sia-sia, Islam mengajarkan umatnya menyumbang dan bersedekah menepati erti ‘sedekah’. Beberapa perkara perlu diambil perhatian dan tindakan demi kesempurnaan bersedekah.

Pertama: Barang yang disedekahkan itu hendaklah baik, elok dan tidak malu untuk dipakai (boleh dipakai). Adalah tidak wajar dan paling tidak munasabah barang yang disedekahkan itu tidak tergamak kita gunakan sendiri. Biarlah bersedekah dengan barang yang disenangi penerima. Allah melarang bersedekah dengan benda yang tidak baik kerana bersedekah adalah ibadat dan tanda mensyukuri nikmat Allah.

“Wahai orang yang beriman! Belanjakanlah pada jalan Allah sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik dan sebahagian daripada apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat, padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu kalau diberikan kepada kamu, kecuali dengan memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa terpuji.” (Al-Baqarah ayat 267)

Kedua: Sesuatu yang disedekahkan ialah yang halal, bukan haram atau subahat.

Ketiga: Sunat bagi pemberi sedekah atau derma bersedekah dan berderma daripada benda yang disukai dan disayangi, tidak kira sama sedikit atau banyak.

“Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai hakikat kebajikan dan kebaktian yang sempurna sebelum kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi. Dan apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahuinya.” (Al-Imran ayat 92)

“Daripada Adiyie Hatim Radiallahuanhu berkata: Saya mendengar Rasulullah saw bersabda: Takutlah kamu akan api neraka walaupun dengan (bersedekah) separuh buah kurma.” (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari).

Hadis ini menunjukkan amalan bersedekah walaupun hanya separuh buah kurma boleh menyelamatkan kita daripada api neraka.

Keempat: Bersedekah disertai dengan keikhlasan, bukan mengungkit, merungut, membidas dan menyakiti hati orang yang menerima sedekah kerana perbuatan ini haram dan merosakkan amalan bersedekah.

“Wahai orang yang beriman! Jangan rosakkan pahala sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan kelakuan yang menyakiti seperti rosaknya pahala amalan sedekah orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak) dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat.

“Maka bandingan orang itu seperti batu licin yang ada tanah di atasnya kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). Demikianlah juga halnya orang kafir dan riak itu, mereka tidak akan mendapat sesuatu pahala pun daripada apa yang mereka usahakan. Dan ingatlah Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir.” (Al-Baqarah-264)

Kelima: Sedekah yang diberikan secara sembunyi lebih afdal, ibarat tangan kanan yang memberi, tangan kiri tidak mengetahuinya. Perbuatan ini dekat kepada keikhlasan dan jauh daripada riak kerana sifat ini boleh merosakkan amalan sedekah. Tiada gunanya bersedekah jika mahu mendapat pujian dan dikatakan pemurah kerana dengan keikhlasan sahajalah ganjaran pahala diperoleh.

“Jika menampakkan sedekah kamu, ini sangat baik, tetapi jika kamu merahsiakannya, dan memberikan orang fakir, maka itu lebih baik bagi kamu dan akan melepaskan kamu daripada kejahatan kamu; Allah menyedari apa yang kamu buat” (Al Baqarah – 271).

Keenam: Sedekah tidak mengurangkan harta, sebaliknya menambah harta dan menjauhkan kefakiran, kekurangan dan kesempitan. Allah akan gantikan dengan yang lebih baik.

“Katakanlah wahai Muhammad sesungguhnya Tuhan-Ku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya antara hamba-Nya dan Ia juga yang menyempitkan baginya, dan apa saja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya dan Dia sebaik-baik pemberi rezeki” (Saba’ – 39).

Ketujuh: Sedekah membersihkan harta dan menyucikan diri kita.

“Ambil sedekah daripada harta mereka untuk membersihkan dan menyucikan mereka dan doakanlah mereka. Sesungguhnya doa engkau itu menjadi ketenangan hati mereka. Allah maha mendengar lagi maha mengetahui” (At Taubah-103).

Ayat itu menjawab dua soalan pokok, iaitu apa yang harus disedekahkan dan mengapa umat harus bersedekah. Sedekah adalah untuk membersih dan menyucikan (jiwa) dan disedekahkan daripada harta atau benda yang dimiliki.

Walaupun pemikiran kebanyakan umat Islam masih menghubungkaitkan sedekah dengan kebendaan, renungkan sepotong ayat Allah (yang juga ajaran Rasul yang wajib) berbunyi: “…tentang sedekah dan orang yang tidak mendapati sesuatu melainkan tenaganya (usaha mereka)” (At Taubah - 79)

Sebenarnya sedekah bukan saja berbentuk kebendaan. Bagi yang tidak mampu atau tiada harta, Allah menghendaki mereka menyumbangkan usaha dan doa.

Usaha termasuk menjadi sukarelawan, daya upaya, idea dan ikhtiar, kegiatan, perbuatan untuk mencapai, melaksanakan dan menyempurnakan sesuatu usaha yang disumbangkan dan memanfaatkan mereka yang layak menerima sedekah. Walaupun hanya sekadar doa dan senyuman. ‘Senyum itu adalah sedekah’ (maksud hadis).

Saturday, June 19, 2010

PUYUH2...

salam... semoga kebahagian akan semangkin dekat dengan kita... kebahagian merupakan kemewahan pada diri seseorang... setiap manuasia itu dijadikan serba kekurangan supaya dia akan merasa tunduk dan tawaduk dalam menjalankan kerja2 ibadahnya kepada yang menciptakannya...

semalam ada tugas di di Sembrong, Kluang... selesai sahaja tugas... dalam perjalanan balik... aku berbual laaa... dengan seorang abang nie (tumpang kereta dia)... dalam masa berbual tu dia pun bercerita, dia baru balik dari mengerjakan umrah... seronok juga... dalam dia bercerita tu.. dia cakap... kalau nak kejayaan dalam sesuatu atau nak dapatkan petunjuk dalam perjalanan kita dimuka bumi nie... mohon lah disana... insayaallah akan ditunaikan... kerana mengikut kepada abang nie... ramai juga rakan2 yang telah berjaya sebenarnya mereka berdoa disana... maka dengan itu... terpanggil juga dihati, pada suatu masa nanti akan sampai ke sana... tak tahun nie, tahun depan... ataupun cukup syarat insayaallah... sampai laa... kesana... Amin...

hari ni... gembira juga rasa dihati... pada awalnya telur puyuh ini telah dimasukan pada 6/6/2010 dan telahpun menetas pada 19/6/2010... so hanya 14 hari sahaja telur ini telah menetas... sebab sebenarnya saya tak sabar nak melihat sendiri anak2 puyuh ni... kalau ikut perkiraan pada hari yang ke-17 - 19 barulah menetas... mungkin sebab puyuh tu dah tak sabar nak tengok tuannya... he he heee....walaubagaimanapun... banyak yang perlu dipelajari kerana inilah kali pertama berkecimpung dalam industri puyuh... kecik sungguh anak2 puyuh niee... takut terpicit lak... melalui blog2 Otai2 ternak... banyak yang dapat dipelajari... TQ...

dibawah ini, adalah gambar2 anak-anak puyuh untuk tatapan semua...


Anak2 puyuh keluaran pertama




Anak2 puyuh dimasukkan kedalam brooder
tapi kali nie... gunakan mentol 25 Watt

Thursday, June 17, 2010

AYAM2 KU

Salam... rasanya dah lama x menjengah ke blog... kan orang tua2 kata masa tu sentiasa mencemburui kita... apa yang penting... setiap hari ada yang perlu kita laksanakan. Setiap hari dan setiap masa, kita perlu melakukan sesuatu yang terbaik untuk diri kita, walaupun kadangkala pada orang lain "apalaa... cam tu pun nak bangga"... tetapi kita harus berbangga dengan apa yang telah kita laksanakan. Sesungguhnya itulah yang terbaik dan termampu oleh kita dalam melaksanakan sesuatu yang kita harus laksanakan. Janganlah berputus asa dengan apa yang telah kita laksanakan, kerana kelebihan pada diri seseorang itu tidaklah sama. Seseorang itu mempunyai kekuatan tersendiri, maka berikanlah kekuatan yang kita ada pada orang lain supaya kita akan sama2 merasai kenikmatan kehidupan ini.

Dari memula menceburi penternakan ini, saya ambil sahaja ayam dari reban mak saya, 2 jantan dan 4 betina. Alhamdulilah, sekarang nie sudah bertambah... dari memula dulu tu, memang tak sabar nak melihat ayam2 nie membesar... sampai le kehari ini menampakan hasilnya... walaupun tak la banyak sangat, tetapi kira ok laa.... kan. Dengan ayam2 nie jugaklah saya dapat memenuhkan inkubator saya dengan telur2 ayam. Sampai kehari ini dah kat 15 ekor anak ayam semuanya hasil dari kotak ajaib tu... nasib baik laaa... isteri saya yang menjaga inkubator tu,... nak harapkan saya, he hee heee... malam je leh tengok telur-telur tu... kekadang tu tunggu punya tunggu... cam lama gak... tapi bila dah ada yang jadi anak ayam niee... kerja semangkin banyak... maklum laaa... dah jadi ibu angkat pada anak-anak ayam tu... yang paling tak bestnyee tu... kalau dah malam... asyik chip2 bunyi diaaa... isskkk... sabooo aje laa...

Dari pemerhatian saya anak2 ayam nie asalkan ada makanan dan minum... mesti senyap punya... kadang2 tu sebab air dah tumpah, kering kot tekak... dia mula laaa... bising... sebab sekarang nie... anak2 ayam nie saya tempatkan kat dalam rumah, masukan dalam kotak... senang sikit nak tengok waktu malam...

Selain daripada anak2 ayam keluaran dari inkubator, ada gak saya ambil anak2 ayam dari ibunya... maklum laa... sekarang niee... musim hujan... anak2 ayam nie tak tahan sejuk. Dan yang paling memeranjatkan apabila kita tengok dalam bekas2 air, kadang tu ada aje, anak2 ayam yang lemas,... iskkk sedih2... minggu nie je dah 3 ekor mengalami masalah cam nie... so... saya ambil je anak2 ayam tu dari ibunya, terus masukan dalam kotak... simpan dan kuarentin...

Nie adalah anak2 ayam yang saya baru turunkan ketanah,... usianya dalam 45 hari... saya bagi makan guna bekas makanan auto... sebab takut makanan tak cukup. Masa ayam2 nie kat dalam reban, abis dia belasah kawan2 dia... sampai togel bulu member tu... so dengan pantas saya terus je masukan ke dalam reban yang mampu saya bina... tapi kat dalam nie pun dia leh tahan lagi... sampaikan isteri saya blenderkan ikan... untuk bagi dia makan... mungkin tak cukup protein... agaknye laa...

Anywhere... kena banyak lagi pemerhatian dalam menjaga anak2 ayam nie... takkan tak sampai setahun dah pandai semuanya... yang saya dok memikir sekarang nie... cam ne nak dapatkan makanan untuk semua ternakan saya nie... harap dapat selesai dengan secepatnya... mudah dan ringkas... Amin...